Oleh Zaidi Saad
21 Mei 2022, 19:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Shamsul Haji Ahmad dari negara Brunei Darussalam diumumkan sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000 berserta dengan piala dan sijil. Beliau mendeklamasikan puisi berjudul “Citra Bangsa Bahasa Baharu”, karya Jasni Matlani. Program Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 diadakan pada pukul 2.00 petang, 21 Mei 2022 di Balai Seminar, Tingkat Enam, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Shamsul Haji Ahmad dari negara Brunei Darussalam, Johan Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022.

Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 ini diadakan bersempena dengan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2022. Simposium antarabangsa ini merupakan anjuran Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan rakan kerjasama, iaitu Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Naib johan dari Malaysia, iaitu Chan Chin Ho.

Naib johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 berserta dengan piala dan sijil. Beliau merupakan peserta dari negara kita Malaysia, iaitu Chan Chin Ho, yang mendeklamasikan puisi berjudul “Citra Bangsa Malaysia Baharu”, juga karya Jasni Matlani. Tempat ketiga pula disandang oleh peserta paling muda dari negara Syria, iaitu Roua Muhanad Alhamad, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000 berserta dengan piala dan sijil. Beliau mendeklamasikan puisi berjudul “Sejahtera Bahasaku”, karya Rahman Shaari.

Pemenang tempat ketiga dari negara Syria, iaitu Roua Muhanad Alhamad.

Program Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 mendapat penyertaan sebanyak 15 orang peserta dari 11 negara, iaitu Malaysia, China, Rusia, Brunei Darussalam, Syria, Pakistan, Korea, Thailand, Indonesia, Palestin, Nigeria dan Afrika Selatan. Barisan panel hakim sayembara tersebut diketuai oleh YBhg. Datuk Jasni Matlani (Ketua Hakim), YBhg. Dato’ Rahman Shaari, YBrs. Dr. Lim Siew Tim, Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman dan Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin.

Senarai peserta Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 adalah seperti yang berikut:

BIL NAMA PESERTA BANGSA / NEGARA JUDUL SAJAK
1 ABDULMAJID ABDIRAHMAN

Umur : 31 Tahun

Penuntut Universiti

AFRIKA SELATAN BAHASAKU MELEBAR SAYAPNYA

Karya Roslan Madun

 

2 ADELOWO, SHAMSUDEEN OPEYEMI

Umur: 28 Tahun

Penuntut Universiti

 

NIGERIA

MEGAHNYA PERADABAN

Karya Mohammad Saleeh Rahamad

3 ANNA KUWATA

Umur: 11 Tahun

Pelajar Sekolah Rendah

 

RUSIA

CUIT-CUIT ANAK MUDA

Karya Mohd Ghazali Taib

4 CHAN CHIN HO

Umur : 42 Tahun

Guru

 

MALAYSIA

CITRA BANGSA MALAYSIA BAHARU

Karya Jasni Matlani

5 JUSPEBGO SETIAWAN

Umur :37 Tahun

Pegawai Kebudayaan

Pekanbaru / INDONESIA DALAM KEKUSUTAN

Karya Baha Zain

6 MARYA ALHAMAD

Umur 18 Tahun

Pelajar Sekolah Menengah

Arab /

SYRIA

BAHASA BONDA

Karya Usman Awang

7 MARIA KUWATA

Umur: 13 Tahun

Pelajar Sekolah Rendah

 

RUSIA

KAU HIDUP DALAM SEJARAH YANG PANJANG

Karya Wan A. Rafar

8 MASUELAM SALAEMAE

Umur : 47 tahun

Guru Agama

Narathiwat

THAILAND

OMBAK BAHASAKU

Karya Ahmad Sarju

9 MOON TAE YOUNG (DAVID)

Umur : 13 Tahun

Pelajar Sekolah Menengah

 

KOREA

BAHASA BONDA

Karya Usman Awang

10 MUHANAD ABBAS ALHAMAD

Umur 39 Tahun

Ustaz

 

Arab /

SYRIA

BAHASA MELAYU ANUGERAH TUHAN

Karya Hamzah Hamdani

11 HAREEM ARSLAN

Umur 14 Tahun

Pelajar Sekolah Menengah

 

PAKISTAN

OMBAK BAHASAKU

Karya Ahmad Sarju

12 ROUA MUHANAD ALHAMAD

Umur : 12 Tahun

Pelajar Sekolah Rendah

Arab /

SYRIA

SEJAHTERA BAHASAKU

Karya Rahman Shaari

13 SHAMSUL HAJI AHMAD

Umur : 38 Tahun

Penolong Pegawai Perhubungan Awam

BRUNEI DARUSSALAM

 

CITRA BANGSA BAHASA BAHARU

Karya Jasni Matlani

14 POLINA POGADAEVA

Umur: 43 Tahun

Pensyarah Kanan

 

RUSIA

MENUNGGU DETIK CAHAYA YANG…

Karya Siti Zainon Ismail

15 YU SHENG HAN

Umur: 14 Tahun

Pelajar Sekolah Menengah

 

CHINA

BAHASA SETINGGI KURNIA

Karya

Zurinah Hassan

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan menerusi ucapan beliau dalam majlis tersebut merakamkan ucapan tahniah kepada Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau GAPENA yang menerima amanah daripada Pejabat Perdana Menteri dalam melaksanakan penganjuran Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Melayu Antarabangsa 2022 ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa, peserta, organisasi termasuklah badan bukan kerajaan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Beliau berharap agar sayembara tersebut dijadikan tradisi pada masa akan datang dan usaha berkenaan dapat mengangkat bahasa, sastera dan tamadun Melayu di peringkat antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.