18 November 2021, 09:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Berdisiplin, serius dan mempunyai pendirian. Itu tiga perkara yang dirumuskan oleh Dato’ Dr. Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain terhadap sisi unik yang dimiliki Sasterawan Negara ke-11, Allahyarham Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala.

“Kemala seorang penyair yang bagus. Puisinya agak berbeza dan mengikut personalitinya,” tutur Dato’ Dr. Baha memulakan bicara ketika diwawancara oleh sidang editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka di kediamannya baru-baru ini.

Menyoroti perjuangan Allahyarham Kemala dalam penulisan dan kajian sastera dan kebangsaan, Dato’ Dr. Baha menyatakan bahawa Allahyarham Kemala mempunyai hubungan yang baik dengan penulis bukan Melayu. Hal ini sekali gus mendedahkan Allahyarham terhadap dunia kesusasteraan yang lebih luas.

Tidak lupa, Dato’ Dr. Baha turut mengenang Allahyarham Kemala sebagai penulis bersifat prorakyat yang membela nasib masyarakat terutamanya orang Melayu di luar bandar.  “Kemala komited tentang perjuangan masyarakat dan pengucapan peribadinya.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.