Oleh SHUKRY SIDDIQ
14 Jun 2021, 12:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Semarak Puisi Malaysia telah bersiar secara langsung melalui FB langsung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 13 Jun 2021, pukul 9.00 malam bersempena dengan Perisytiharan Hari Puisi Malaysia.

Dr. Radzuan Ibrahim

Hari Puisi Malaysia diadakan sebagai pengiktirafan kepada pemuisi Malaysia. Acara dimulai dengan kata alu-aluan oleh Dr. Radzuan Ibrahim, Presiden Pemuisi Malaysia. Dr. Radzuan mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana berusaha menjadikan hari puisi sebagai suatu kenyataan. Katanya lagi, puisi yang baik dan bererti mempunyai diksi-diksi indah, boleh memberikan pendidikan, mengangkat maruah dan jati diri, dan memberikan manfaat ke arah membijaksanakan pembaca. “Puisi dapat mengeratkan perpaduan bangsa dan memartabatkan bahasa,” katanya, yang setelah itu  mendeklamasikan sebuah puisi berjudul “Rumah Cinta”.

Pada segmen pertama, terdapat lima puisi yang dideklamasikan. Puisinya ialah “Terbanglah Rajawaliku” (Man Kayan), “Cerita Mutiara di dalam Tiram” (Dato’ Jasni Matlani), “Mendukung Perjuangan Bersama” (Datin Seri Haryani Harun), “Landasan” (Zaleena E-na), dan “Titah DiRaja II” (Dr. Abang Patdeli Abang Muhi).

Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan

Pada Segmen kedua, puisi yang dideklamasikan ialah “Ibrah Gelombang Baharu Virus Corona” (Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan), “Rungkumani di Lenggok Sastera” (Dr. Mohamad Hanafi Hashim), “COVID-19, Misteri dalam Realiti” (Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman), “Pahlawan Kuda Kepang dan Maharaja” (Mohd Shareezad Satad), “Surat Tanggang kepada Ibunya” (Mohama Letfee Ahmad), dan “Malam” (Sani Sudin).

Segmen ketiga menampilkan puisi “Sanjung Pujiku” (Datuk Dr. Hashim Yaakob), “Kehilangan” (Aminuddin Md. Ali Hanafiah), “Hidup Bersama” (Mohamad Daud Ahmad), “Gangga Menangis” (Maslinah Yusof), dan “Asbab” (Siso).

Dalam segmen keempat pula, puisi yang dideklamasikan ialah “Pesan Abu Bakar” (Dato’ Rahman Shaari), “Utopia Dunia Tanpa Perang” (Puzi Hadi), “Pidato Seorang Lelaki Jalanan” (Azmi Ismail), “Buat Penyairku” (Zailani Ali), dan “Perjalanan” (Adiwangsa Sukma).

Segmen kelima dan terakhir menampilkan puisi “Cerita Sebuah Tari” (Dr. Lim Swee Tin), “Ingin Jadi Sasterawan” (Nurul Syahidah Hassan), “Wadah Puitis Sejagat” (Harlym Yeo), “Pesan” (Manzelan Perindu Seni), “Pengait Tua” (Yuzailan Yunos), dan lagu puisi Tuai Padi antara Masak (Roslan Madon dan Zafirah Bahiyah Hasan).

Acara Semarak Puisi yang berlangsung secara talian ini boleh ditonton di sini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.