Oleh SHUKRY SIDDIQ
7 Jun 2021, 11:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis bacaan tahlil dan doa selamat, berserta lantunan suara yang mengangkat isu keprihatinan dan pandemik COVID-19 serta kemanusiaan di Palestin telah dianjurkan oleh Komuniti Menulis Malaysia – Malam Suara Cinta. Majlis disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 – 11.00 malam melalui Facebook Komuniti Menulis Malaysia. Malam Suara Cinta menampilkan dua tokoh figura negara, iaitu Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob.

Wacana Minda

Penasihat dan Pengarah Urusan Komuniti Menulis Malaysia, Wacana Minda dalam ucapannya menyatakan, “Kita tidak selalu memiliki kata tetapi puisi sering sahaja memiliki makna. Puisi sering kali jadi kata-kata sakti menyingkirkan angkara menyayat hati. Mari sejenak kita melontar suara melahirkan isi hati terhadap isu kemanusiaan sejagat di Palestin dan pandemik yang tiada kesudahannya. Biar kata-kata berkepak jadi doa merentasi samudera dan benua. Puisi sememangnya cermin diri, ditulis dan disuarakan untuk kita saling mengingati dengan penuh nyali cinta.”

Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

Penampilan istimewa dalam majlis tersebut, Zaini Ujang menyatakan, “Meskipun kita tidak berada di tanah Palestin, kita bersama-sama melahirkan rasa prihatin dan empati terhadap penderitaan dan perjuangan saudara kita. Begitu juga dengan episod pandemik yang masih belum berakhir.” Selesai memberikan ucapan, beliau mendeklamasikan sebuah puisi yang bertajuk “Selepas Episod Ini”.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob

Hashim Yaacob merakamkan ucapannya, “Puisi mampu lahirkan apa sahaja. Jika kita tidak mempunyai apa-apa, kita masih mempunyai suara. Kalau kita dicerca dengan kata, jangan kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita, lawan kata dengan kata. Kalau mereka mengherdik dengan kata, carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata. Ini martabat bangsa dan kedaulatan negara.” Beliau turut mendeklamasikan puisinya yang bertajuk “Kau Berpulang Anakku” sebagai keprihatinan terhadap Palestin.

Majlis malam ini turut diserikan dengan dendangan puisi daripada peserta-peserta jemputan. Antara yang menyumbangkan suara dalam majlis ini, termasuklah Wacana Minda (“Exodus Palestina”), Nor Adlyizan Theis (“Pantun Suara Cinta COVID-19” dan “Untukmu Palestin”), Wan Mohd Akmal Wan Mansor (lagu Together We Can Change The World), Akilul Nazar Arbain (“Bangkit Palestin”), Raja Nurul Farhana Raja Muhammad Putra (“Apabila Sampai Masa Nanti” karya Ku Sunira Ku Johari), Rozilah Ibrahim atau R’zie Ibrahi) (“Kembalikan Kota Keamanan ” karya Ku Sunira Ku Johari), Profesor Madya Dr. Nor Hasimah Ismail (“Thaurah Palestin”), Shahrul Nizam Mohd Aman (“Mencari Pelangi di Bumi Gaza” karya Datu Ramlee), Zulkifli Zainudin (“Pantun Kita Jaga Kita”), Yusnorsyazana Mohd Yunos (“Syair Perpaduan” karya Roslan Madun), Nazim Mohd Subari (“Nazam Selamatkan Palestin”), Romaini Mustafa (syair “Janji yang Disimbah Asid Dusta”), Norliza Salim (“Syair Koronavirus”), Dr. Dil Froz (“Anak-Anak Palestin”), Abdul Hamid Abdul Halim (lagu puisi XPDC Hujan Air Mata), Harlym Yeo (“Mendukung Perjuangan Bersama-sama” karya Awang Sariyan), Hairul Azuan Ahdan (“Mereka Sama Sahaja”), Amalyaazani Mohd Jehwan (“Tanah Palestin”), Abd Malik Mohamad Shah (“Doa Buat Palestin”), Fauziah Moksin (“Pantun Untukmu Palestin” dan “Pantun PKP”), Nur Aqila Awatif Mohd Rashid (“Teater Miskin” karya Ku Sunira Ku Johari), Muhammad Arifuddin Syahril (“Arep Jawa” dan “Berita kepada Kawan” karya Ebiet G Adi), Mohammad Hilmi Ismail (“Mohilis” dan “Suara dari Bumi Gaza”), Rohaidah Yon (“Doaku Ada di Mana-mana”), dan Nuratul Salamah Tee Abdullah (“Inspirasi Untukmu Gaza”).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.