Oleh Dr Maza
3 Jun 2021, 17:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gaza menjadi guru kita
ia mengajar banyak makna
makna tawakal kepada ALLAH Yang Esa
makna jiwa manusia yang merdeka
makna derita dan air mata
makna darah dan nyawa
makna untuk tegak membela agama
makna untuk tidak pernah putus asa
makna cekal yang tiada hujungnya.

Gaza menjadi guru yang berbekas
hidup jangan sekali pernah tewas
sekalipun tanah dan rumah telah dirampas
nyawa keluarga, jiran dan teman dicantas
namun, dengan akidah yang ikhlas
bangun dengan tabah, cergas dan tangkas
tugas terus digalas, pencerobohan dibalas
bumi warisan dipertahan teguh, dibela tegas.

Gaza menjadi guru bererti
mengajar tentang maruah diri
bangkit menghadapi derita sendiri
dengan keimanan kepada syurgawi
pasak kudrat terus berdiri
seruan takbir buat seluruh generasi
terus di sini, mempertahan apa yang baki
merebut kembali apa yang dirampas curi
bukan hanya menangis meminta simpati
dari yang hanya menyaksi, tanpa merasai.

Gaza menjadi guru terbilang
mengajar berjuang, menentang petualang
jangan biar dirimu dicincang
hiduplah sebagai seorang pejuang
selagi roh berumah di badan
berperanglah dengan jelmaan syaitan
ajarlah keturunan untuk terus bertahan
matilah dengan penuh kemuliaan.

Gaza menjadi guru murabbi
mengenali hati budi manusiawi
di kala dirimu dipagari dan dimusuhi
di saat dunia sekeliling melarikan diri
siapakah teman yang tetap berdiri di sisi?
siapakah saudara yang teguh membentengi?
siapakah tetangga yang terus menghulur budi?
siapakah yang raga dan harta turut diberi?
ketika itu, saudara seiman akan kau kenali,
munafik muncul dengan wajah warna-warni
para harbi semua bersatu hati, kau diperangi
maka fahamilah diri; siapakah itu Yahudi!

Gaza akan menjadi bukti di Mahsyar nanti
apakah kita tegak membela yang dizalimi
atau tanpa aksi, hanya diam menyaksi?

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.