Oleh Firdaus Mul
4 April 2023, 15:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Siri Rancangan Bicara Karyawan pada edisi yang lepas telah menampilkan Haji Ezani Haji Daud sebagai tetamu khas membicarakan buku kumpulan sajak beliau yang bertajuk Camar Melintas Benua.

Buku kumpulan sajak ini mengandungi 60 buah sajak tentang pengembaraan dan menggunakan burung camar sebagai simbolik kepada diri beliau yang suka mengembara dan mengenali tempat asing.

Menurut beliau, kepekaan terhadap persekitaran di sesuatu tempat menjadi ilham untuknya menulis sajak yang bermula dengan catatan ringkas. Ujarnya lagi,

Dalam mengembara, kita banyak melihat perkara seperti sejarah dan tarikan kota-kota yang dikunjungi. Hal sebegini menyentuh hati dan seterusnya membuatkan kita berfikir ada perkara yang kita boleh kongsikan bersama.

Penulis Haji Ezani Haji Daud berkongsi pengalaman ketika menghasilkan kumpulan sajak baharu beliau dalam rancangan Bicara Karyawan, baru-baru ini.

Bagi perancangan penulisannya yang akan datang, beliau telah menyatakan terdapat beberapa buah naskah yang sedang dikumpul, disaring, dan berharap agar kesemuanya dapat diterbitkan.

Selain itu, beliau juga sempat memberi pesanan terutamanya buat penulis baharu bahawa setiap penulisan yang dihasilkan haruslah jujur dan bertanggungjawab agar karya tersebut dapat dihayati oleh masyarakat dan bukan sekadar mengejar populariti semata-mata.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.