Diterbitkan pada 20 Julai 2026, 16:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hilangnya Sebatang Kalam
(Belasungkawa Wadi Leta S.A.)

Telah berpulang, sebatang kalam
yang sekian lama menyulam embun
pada lidah manusia.

Bahasamu
tidak pernah meninggi suara
ia memilih menjadi angin
yang mengajar daun
erti tunduk dan dingin.

Sepanjang usia
kau menanam sajak
bukan saja di atas kertas
tetapi di dada anak-anak puisi
yang kini meneruskan musimmu.

Setiap kata yang kau tinggalkan
adalah benih yang subur
kami hanya pewaris
yang belajar menyiramnya
dengan jujur.

Kini
engkau telah sampai
ke halaman yang tiada lagi metafora
hanya kebenaran dan pahala
di hadapan Pemilik segala bahasa.

Semoga Tuhan menerima puisimu.
sebagai doa yang pernah kaulumatkan
dalam diam dan syurga
menjadi bait terindah
buat seorang penyair
yang akhirnya pulang
kepada Pencipta Kata.

Padang Tembak, Pengalan Chepa
2026

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi