Diterbitkan pada 23 April 2026, 07:12
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangDi atas Bukit Melawati
kawanan kera-kera itu
menawan hati kami
diberikan roti bekalan
disepah-sepahkannya
dibuang-buangkan
walau mesra hampiri kaki
hanya boleh bersalam mata
tak boleh bersalam tangan
kawanan kera-kera itu
perangainya berang
tak boleh dihalang
bergayut-gayut di dahan
tayang kelincahan
tayang kehebatan
diingat-ingat kera dan manusia
walau rupanya berbeza
namun perangainya sama.
Kuala Selangor
4 November 2025