Oleh
Ja'afar Hamdan
Diterbitkan pada 26 Februari 2026, 13:38
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangMembuka ruang fikir
pada halaman kefahaman
seperti membiarkan angin petang
menderu semahunya
ke kamar keakraban
Tiada lagi wangi bunga
di atas meja pengertian
kerana sudah terlalu lama
terbiar layu tanpa siram
dan akrab menjadi kusam
ditelan kedangkalan
Kemudian sisi pun berubah
kerana yang mudah kian punah
dan yang rumit menjadi paksi arah
Apakah ada jalan lain
untuk kembali mengatur langkah
agar tujunya sederap
dan penuh harap?
Jelas, kini semakin terasa
agenda menjadi prasangka
yang tiada hujung pangkalnya
Februari 2025
Kuala Lumpur