Oleh
M. Fizan
Diterbitkan pada 26 Februari 2026, 13:23
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarangi.
ujian dunia
seperti arus sungai
deras tiba-tiba
tak meminta bersedia
tanpa pesanan
pendayung patah
tanpa amaran
perahu pecah
aduhai malang
tak pandai berenang!
………mencuba berjuang
………….menunda kecundang
ii.
tika longlai, terkapai-kapai
o Tuhan, rahmat-Mu
adalah tangan
menarikku kembali