Oleh M. Emir
Diterbitkan pada 23 Februari 2026, 12:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hei Karim. Kau dah tulis banyak.
Aku pun dah baca. Banyak.
Mata kau. Bilik kau. Bahkan mimpi.
Kalau-kalau kau dapat tidur.
Tapi aku tak faham. Apa kau baca.
Sampai kau nokturna? Jangan.
Jangan dibaca. Puisi-puisi pelik.
Atau aku rasa. Kau baca cerpen.
Md. Fariq khir. Azrin fauzi.
Aku rasa kau makin parah.
Kalau kau baca Farahin W.
Ada cerpen dia seram. Berhantu.

Wan nor azriq pun janganla.
Karim. Kau dah tulis banyak.
Pejamkan mata. Aku ada tips.
Kau boleh baca malam.
Kau boleh baca bulan. Sakral.
Kau boleh baca cinta. Sunyi.
Kau boleh baca sajak aku.
Kalau kau mau. Itu lebih baik.
Buat dirimu.

Tapi Karim
Sebelum kau beriman dengan sajakku
Aku mengaku. Aku juga tidak boleh tidur
Hampir 5 minggu.
Maka, apakah kau dapat mendengarnya?

Kredit Foto: Firus Fansuri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi