Diterbitkan pada 23 Februari 2026, 12:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kulihat mahakarya terperangkap dalam batu keras; menanti aku bebaskan”

Berdepan rajalela Rom; Florence
mengupah pemuda pengukir arca
lalu tegak lambang seiring pemikiran

Patung itu; David, penyembelih Goliath
termaktub dalam kitab
(mungkin Bible, aku sudah lupa)

Matanya merenung Rom
villa Medici pengkorup wang rakyat
dan gereja sarang lelap Pope khianat

Lihatlah daku!— David berkata
tubuh kecil bukan calang-calang
hanya dengan lastik; Goliath tumbang

Biar Piaza della Signoria ini bergema
“Humban saja pembobrok negara
kepada Cerberus dan Leviathan!”

Florence menggenggam Renaissance
dengan sinar harapan; masa hadapan
ditentu cerdik akal dan mahir tangan

Kredit Foto: Rowan Simpson/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi