Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarang1965-an tumbuh di ditabah tanah kulim, kedah semaian benih ranah puisi kita
kau anak kulim & aku perantau guru dari beranang, selangor di smk, kulim kita sungguhkan dialog: apakah ngapa, ngapakah ya & tak di(+)di(-)di(÷)di(×) kehidupan ladang puisi jambatan silaturahim agi – puzi, pangkat adik 8 tahun junior!
cipta & baca & edit & baca & edit & baca & buat & lakukan terus penuh sabarrrrr apa kita benarrr-benarrr suka bukan paksa rasa untuk sukaaa-sukaaa apa kita buat, apa kita lakukan!!!
PUISI BUKAN SENI BUKAN-BUKAN!!!
kataku luncur di wajah cita harap KEMENJADIAN KESENIMANAN KEPENYAIRAN
kami
keTUKANGan kita
ingin berpuisi terusssss berumah gigih + usaha + padu + kental jiwa
(×)kan sosok POSITIVISME*
(-) perli + ejekan* (÷) masa & dedikasi pada dunia cinta puisi* pelihara (+) pupuk aktiviti deklamasi = trade mark = made in:
REPUBLIK PUISI masing-masing*
lain juri lain pemenangnya*
# siapakah juri sebenar juri¿¿¿
INGAT: PEMBACA ADALAH JURI SEBENAR*
bukan mudah kerja jurikan seni puisi *
SENI TAK BERNOMBOR*
seni puisi ialah puisi itu sendiri*
Dan Kaulah Puzi Seni Itu*
Seni Yang Kau Pandu Sepanjang Hayat Lebuh Raya Puisimu*
AWAN BERARAK turunkan hujan*
75 usia berarak hamparkan
p-e-r-s-a-d-a
p – u – i -s – i
PENYAIR PUZI HADI*
Bandar Baru Bangi
17 Februari 2026