Diterbitkan pada 20 Januari 2026, 08:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Demi masa… (wal ‘asr …)

Jam dinding berdetik setia
tidak jemu, tidak alpa,
walau tiada mata memandang
tetap melagukan waktu impian,
menghitung denyut fana alam;
dihargai atau tidak sedar
jarumnya terus berputar
mengusung siang dan malam
mendakap detik-detik tujuan
tanpa menoleh ke belakang.

Meski tiada lidah mengucap
terima kasih tidak terdakap,
kekal tabah bekerja tetap
mengorak minit, menitip saat,
seakan berpesan buat manusia:
“Teruslah berbuat baik,
jangan berbolak-balik,
biarpun tidak dinilai,
biarpun tidak dipuji ramai,
biarpun tidak dihargai sehelai”.

Waktu itu saksi,
amal itu bekal diri,
dan hidup adalah perjalanan;
seberapa banyak pun dugaan
tidak pernah akan berhenti
sehingga tiba noktah abadi.

Belajarlah dari jam dinding,
Ikhlas berbuat, setia beriring.

Imigresen Tak Bai, Thailand
11 September 2025

Kredit Foto: Karl Abuid/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi