Diterbitkan pada 18 Jun 2025, 09:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Terharu hatiku
mengenang kembali
saat keberangkatanmu,
kau diuji resah penderitaan
terbaring resah di kamar lelah
tapi Allah lebih menyayangimu
— Innalillahi wainna ilaihirojiun

Rahimidin Zahari,
kau penulis muda wibawa
namamu menyinar bak mutiara
menyerlah di ujana kesusasteraan
masih kuingat bait-bait puisi indahmu
lembut halus menyentuh jiwaku

“wujudku ini hanya sementara
seperti embun mengering
……di hujung rumputan
………matahari menyalai sinar
……semerah halia bara,
jasadku melebur
kembali kepada tanah…”

Membaca sirah hidupmu
hatimu kental merisik iltizam azam
obor perjuanganmu sentiasa membara
bakat kecermerlanganmu terserlah indah
kau tak pernah diam menghasil karya baru
sungguh puisi-puisi dari jiwamu terukir indah
dari Lakaran Kampung lahir Sekepal Tanah
Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa,
Aksara, Perjalanan Salik, Perahu Fansuri,
Bayang Beringin akhirnya terjelma
Laut Tujuh Gelombang Buih.

Sahabat, telah kau tinggalkan
kuntum-kuntum khazanah berharga
untuk kami kenang sebagai batu tanda
Al-Fatihah buatmu, Sahabat.

Ipoh

Kredit Foto: DBP
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi