Diterbitkan pada 12 Mei 2025, 17:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Naskhah Cuaca di Negeri Tubuh karya A.A. Zailiani yang memenangi satu daripada tiga hadiah finalis dalam Hadiah Puisi T. Alias Taib baru-baru ini menjadi testimoni pada perkembangan puisi mutakhir, khususnya dalam gaya penulisan baharu dalam kalangan penulis muda.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, YBrs. Profesor Madya Dr. Norhayati Ab Rahman berkata, kumpulan puisi itu mempunyai struktur yang terancang dan bersifat organik.

“Susunan ideannya secara jelas terlihat bahawa pengarangnya dipengaruhi oleh cuaca terhadap negeri tubuh atau kehidupan roh dan jasad manusia yang cukup bermakna.

“Penyair ini mengungkapkan perihal ‘negeri tubuh’ yang meletakkan kebergantungan kepada Tuhan bagi memaknai rongga kehidupannya agar memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dr. Norhayati berkata, puisi-puisi dalam kumpulan ini menampilkan keinginan penulis untuk bereksperimen.

Namun begitu, dalam masa yang sama, dari segi lain, ada puisi-puisi yang dilihat longgar dari segi idea dan gaya pengucapannya.

“Ada kata-kata yang disusun dalam bentuk visual dan membentuk arca tetapi tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beli kumpulan puisi Cuaca di Negeri Tubuh di sini.

A.A. Zailiani berjaya merangkul hadiah finalis Hadiah Puisi T. Alias Taib II 2025.
Kredit Foto: Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi