Diterbitkan pada 6 Mei 2025, 16:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Nilai – Bersempena dengan sambutan 25 tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pusat Kebudayaan USIM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) bakal menganjurkan program Suara Rumpun Puisi Nasional (SERUMPUN).

“Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih” merupakan tema yang dipilih bagi penganjuran SERUMPUN di USIM pada tahun ini.

Selama lima hari bermula dari 27 Mei hingga 31 Mei 2025, program SERUMPUN akan disemarakkan dengan pelbagai acara seperti Bengkel Penulisan Puisi, Bengkel Pemerkasaan Gaya Deklamator, Bengkel Teknik Penjurian, Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA), Bicarawara Sasterawan Negara dan Penyair Muda, serta Himpunan Pemuisi Nasional.

Orang ramai terutamanya peminat puisi yang berminat untuk menyertai acara-acara tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari Facebook Pusat Kebudayaan USIM.

Kredit Foto: Facebook Pusat Kebudayaan USIM
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi