Diterbitkan pada 21 Mei 2024, 06:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

tulisan ini suatu nanti; akan padam
segala papan tanda juga
pasti tumbang

turap dan garis jalan
berlitup debu
sirna dihembus waktu

Laut Mati dan Tasik Tiberias
airnya penuh sesal
semakin kering akhir kontang

biarpun tanah yang mereka rampas
tentu rekah terbelah
menelan segala kejam

bumi kebanggaan Zionis
kata mereka, “ini negeri janjian!”
hanya fatamorgana rekaan

sedang kalian menunggu syurga
air mata kering di pasir merah
doa itu sekian lama sudah terjawab

nun jauh di ukhrawi
sebelum darah mula mengalir
syurga itu sudah lama menanti

Kredit Foto: Timon Studler/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi