Oleh
Marsli N.O
Diterbitkan pada 17 Mac 2026, 12:15
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarangcintamu
kepada bangsa
membara sentiasa
dengan tulis
kau sebar akal
dan bijaksana
pendeta
walau terdengar
hujat dan cerca
tidak gentar
kau terima
dengan rela
dan semangat waja
hingga abadi
segala jasa
terakam
di album ingatan bangsa
12.4.2026