Diterbitkan pada 1 Oktober 2025, 16:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Lumut – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Daerah Manjung, Persatuan Karyawan Laman Karya Lumut (LAKAR) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menganjurkan pertandingan deklamasi puisi buat julung-julung kalinya pada Malam Sanggar Puisi: Suara Jiwa Anak Malaysia (MSPSJAM) di Laman Karya Lumut, Jalan Titi Panjang baru-baru ini.

Tempat pertama dimenangi oleh Sdri. Amni Amani Mohd. Tarmiji@Tarmizi, manakala tempat kedua dimenangi oleh Sdr. Luqmanulhakim Mohammad Masyudee dan tempat ketiga menjadi milik Sdri. Rohaida Hozlan.

Hadiah kemenangan dan sagu hati disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Rashidi Ibrahim.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut hadir sebagai tetamu kehormat telah merasmikan MSPSJAM dan menyerikan malam berkenaan dengan mendeklamasikan dua buah puisi karya beliau sendiri.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendeklamasikan sajak pada Malam Sanggar Puisi: Suara Jiwa Anak Malaysia.

Penganjuran MSPSJAM bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan sastera tanah air, menjadikan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan seni yang inklusif serta menyokong aspirasi kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan berjiwa patriotik.

Turut hadir pada malam tersebut ialah Pengarah PPANPK, YBrs. Puan Rafidah Abdul Aziz; Pengerusi Persatuan Kebudayaan Daerah Manjung, YBrs. Encik Mohd. Khairolazuan Ariffin; Pengurus LAKAR, YBrs. Encik Najmi Jamaluddin, dan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MPM, YBrs. Encik Nafees Hashim.

Kredit Foto: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi