Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAmar Jue memberikan pandangan balas terhadap isu kemerosotan minat masyarakat terhadap sastera Melayu.
Masa depan sastera Melayu bukanlah sesuatu yang perlu diratapi …
Polemik tentang masa depan sastera Melayu yang dibangkitkan oleh Ami Masra, Jack Malik dan Raja Yusoff Ariffin mengundang kita untuk merenung lebih jauh: Bagaimanakah sastera Melayu boleh terus bernafas segar dalam era digital ini?
Kebimbangan Ami Masra tentang kemerosotan minat terhadap sastera bukanlah sesuatu yang asing. Namun begitu, seperti yang dinyatakan oleh Jack Malik, kita perlu “menyentuh rumput” – melihat realiti di luar kaca mata sendiri. Hakikatnya, sastera masih mendapat tempat, tetapi dalam bentuk dan medium yang berbeza. Lihat saja platform seperti Tukang Puisi yang mempunyai lebih 100,000 pengikut. Jelas bahawa sastera belum mati, hanya berevolusi.
Dalam perspektif lain, Raja Yusoff menyoal: Mengapa sastera tidak mendapat sambutan sehebat industri hiburan? Persoalan ini menggugah kita untuk melihat yang sastera bukan sekadar warisan, tetapi sebagai satu industri yang menuntut strategi, inovasi dan daya tahan.
Sebagai seorang pemerhati dunia sastera, saya melihat tiga cabaran utama yang perlu diatasi:
Oleh itu, saya mencadangkan pendekatan 3M dalam hal ini:
Kesimpulannya, masa depan sastera Melayu bukanlah sesuatu yang perlu diratapi. Seperti kata Heraclitus, “The only constant in life is change.” Sastera akan terus hidup selagi ada yang menulis dan membaca – tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Daripada terus bernostalgia dengan keindahan masa lalu, sudah tiba masanya kita bergerak membina jambatan antara tradisi dengan inovasi, antara penggiat lama dengan generasi baharu.
Sastera Melayu tidak akan mati. Sastera Melayu hanya berubah bentuk, mengalir mengikuti zamannya, tetapi tetap teguh dengan jiwanya.
_________________________
Amar Jue penulis dari Negeri Sembilan. Kebanyakan karyanya tersiar dalam Tunas Cipta.