6 Mei 2024, 12:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur — Universiti Malaya (UM) muncul juara Temasya Pantun Kerabat (TEPAK) Bestari 2024 yang diadakan di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP, baru-baru ini.

UM berjaya mengalahkan 11 buah lagi pasukan daripada universiti awam dan swasta yang bersaing merebut Piala TEPAK Bestari.

Kemenangan itu membolehkan pasukan pemantun dari UM membawa pulang trofi wang tunai RM2000.00 berserta hadiah iringan.

Ketua pasukan UM, Aeiman Haikal Shamshir, menyifatkan pengalaman menyertai pelbagai pertandingan pantun sebelum ini banyak membantu pasukan untuk terus konsisten selain daripada latihan intensif dari masa ke masa.

Puan Huznah Sa’it menyerahkan trofi kejuaraan kepada pasukan pemantun UM.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat tempat kedua, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1500.00 dan tempat ketiga (bersama) disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam (UITM).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Huznah Sa’it. Turut hadir Prof. Dr. Wan Himratul Aznita Wan Harun, Pengetua Kolej Keempat (Bestari), UM.

Mengangkat tema “Sayembara di Gerbang Citra Malaysia,” pesta pantun ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Keempat (Bestari), Universiti Malaya.

Turut dipertandingkan ialah Anugerah Busana Terbaik, Anugerah Pembukaan Terbaik dan Pemantun Terbaik.

Kredit Fotografi: Khairul Azhar Baharuddin

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.