Oleh Harlym Yeo
19 April 2023, 11:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Kegiatan baca puisi anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) pada malam ini boleh disifatkan sebagai salah satu bentuk ibadah dalam bulan Ramadan”.

Demikian antara inti pati ucapan perasmian oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Awang Sariyan sewaktu menyampaikan pesanan beliau dalam Malam Kemuncak Puisi Ihya Ramadan Antarabangsa 2023 anjuran PEMUISI.

YB Senator Datuk Seri Dr. Awang Sariyan  memberi ucapan seterusnya merasmikan program anjuran PEMUISI.

Program ini diadakan bersempena dengan acara kemuncak Program Video Baca Puisi Ihya Ramadan tahun 2023.

Menurut Presiden PEMUISI, Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim,  sudah tiga tahun program ini dijayakan. Program ini bertujuan menggalakkan penciptaan karya-karya berbentuk kerohanian yang mendekatkan diri dengan ilahi.

Pada tahun ini, program ini telah diadakan bermula 3 hingga 10 April yang lalu dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Sebanyak 200 video baca puisi dirakam dan dihantar ke laman facebook PEMUISI.

Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim menjelaskan pengisian program dan mengumumkan nama pemenang yang dipilih.

Setelah itu, lima video telah dipilih sebagai pemenang, iaitu video daripada Zarir Ali, Mayalrina Maria, Shamier MS, Nur Eldaryana Mohd Rudy Irwan, dan Nurul Izzah Andah.

Seterusnya, program dimeriahkan dengan persembahan deklamasi puisi oleh SN Zurinah Hassan, Prof Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, Dr. Victor Pogadaev dari Rusia, Dr. Tuah Zhao Dan serta Huang Yu dari negara China.

Turut sama melakukan persembahan ialah Zab Bransah mewakili negara Indonesia, Sam Sumadi dan Ratnasam Sib II dari Singapura, manakala dari Brunei ialah Sosonjan A Khan, dan seterusnya Sita Aulliya dari Belanda serta Naning Scheid dari Belgium.

Beberapa orang ahli PEMUISI turut mendeklamasikan puisi, antaranya ialah Dr. Zainatul Shuhaida, Marzelan Perindu Seni dan Harlym Yeo.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.