Diterbitkan pada 3 Februari 2026, 16:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar  Sambutan Pesta Angin Timur Perlis 2026 (PAT Perlis 2026) akan menampilkan acara istimewa yang menonjolkan keunikan warisan bahasa tempatan, iaitu Sayembara Deklamasi Sajak Loghat Perlis pada 7 Februari 2026 di Pentas Santai, Tapak PAT, Kangar.

Menurut syarat penyertaan, pertandingan ini terbuka kepada semua individu yang berusia tujuh tahun dan ke atas dengan yuran penyertaan sebanyak RM15. Para peserta akan dinilai berdasarkan kemahiran mereka dalam menyampaikan deklamasi sajak menggunakan loghat Perlis yang tulen.

Juara bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500, naib juara pula akan menerima wang tunai berjumlah RM300, manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai bernilai RM200. Bagi peserta yang hadir, hadiah sagu hati bernilai RM100 turut disediakan untuk lima orang peserta.

Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Encik Hafiz Ummah di talian 016-2186388 untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan.

Untuk rekod, PAT Perlis 2026 merupakan acara tahunan anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC); Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Kredit Foto: unsplash.com/Mohd Nasiruddin Mohd Nasir
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi