Diterbitkan pada 6 Jun 2025, 17:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tanjong Malim – Penulisan ilmiah dan karya sastera Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh menjadi tunjang pembangunan insan bukan sahaja dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan Melayu, malah menyumbang kepada perkembangan pemikiran dunia pendidikan.

Antara karya yang dibincangkan dalam program Diskusi Karya Awang Had Salleh di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) termasuklah novel Biru Warna dan Buat Menyapu Si Air Mata serta buku ilmiah Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaysia baru-baru ini.

Perbincangan berkenaan menampilkan tiga orang ahli panel, iaitu Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, YBrs. Profesor Madya Dr. Ariff Mohamad dan YBrs. Dr. Hasrina Baharum serta Pustakawan Kanan Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, YM Dr. Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan.

Pada masa yang sama, diskusi tersebut telah dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, YBrs. Profesor Dr. Azhar Haji Wahid.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Awang Had Salleh, YBrs. Dr. Mardiana Ismail.

Sebagai rekod, program ini dianjurkan oleh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (BPSKR) dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, UPSI baru-baru ini.

Yang turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Pengarah DBP Wilayah Utara, YBrs. Encik Sharrul Rizal Hashim, para pensyarah UPSI dan mahasiswa Kolej Awang Had Salleh.

Pengetua Kolej Awang Had Salleh, YBrs. Dr. Mardiana Ismail dan Pengarah DBP Wilayah Utara, YBrs. Encik Sharrul Rizal Hashim bersama-sama dengan barisan panel, moderator dan audiens.
Kredit Foto: Khairul Azhar Baharuddin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi