Diterbitkan pada 30 November 2024, 22:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Penulis Mahakarya Nasional Malaysia (MAHAKARYA) merancakkan ranah sastera Malaysia dengan pelancaran 12 buah buku antologi dan penganugerahan sembilan kategori anugerah penulisan yang berlangsung di Hotel Tamu pada hari ini.

Majlis Pelancaran Buku Antologi dan Anugerah Penulis 2024 yang diadakan buat julung-julung kalinya itu dirasmikan oleh Sasterawan Negeri Sarawak Keenam yang juga merupakan mantan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi.

Sasterawan Negeri Sarawak Keenam yang juga merupakan mantan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi ketika menyampaikan ucapan perasmian di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.

Menurut YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli, walaupun MAHAKARYA merupakan sebuah persatuan yang masih baharu, beliau berharap agar persatuan ini dapat dikenali oleh kebanyakan orang kerana persatuan ini mempunyai objektif penubuhan yang baik, iaitu untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Penasihat MAHAKARYA, Tuan Ferri Anugerah Makmur ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan, Penasihat MAHAKARYA, Tuan Ferri Anugerah Makmur menjemput semua ahli persatuan tersebut untuk menghadiri Pesta Literasi Kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 Mei hingga 12 Mei 2025 di Ranah Minangkabau.

Ujar beliau,

Dalam program itu nanti, MAHAKARYA boleh menonjolkan jasa dan juga bakat anda semua dalam penulisan, pembacaan puisi, mendeklamasi puisi, lakonan atau apa-apa sahaja dari segi sastera dan budaya.

Presiden MAHAKARYA, Encik Daniel Shanker ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Menurut Presiden MAHAKARYA pula, Encik Daniel Shanker, persatuan ini telah berjaya didaftarkan pada 19 Februari 2024 yang bertujuan untuk mengangkat bahasa Melayu ke persada antarabangsa dan berharap agar keahlian persatuan ini semakin bertambah pada masa akan datang.

Barisan ahli jawatankuasa MAHAKARYA bergambar kenang-kenangan bersama-sama YBrs. Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi.

“Persatuan Penulis Mahakarya Nasional Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan atau agensi swasta yang mahu mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.”

Tambahnya lagi,

Kami percaya pertambahan keahlian itu didorong oleh rasa percaya mereka kepada MAHAKARYA sebagai sebuah persatuan yang berwibawa dan dengan harapan MAHAKARYA membela nasib penulis dalam menyemarakkan dunia persuratan, penerbitan, penulisan serta menjadi pembela kepada kedaulatan bahasa dan sastera Melayu.

12 buah buku antologi yang dilancarkan pada hari ini ialah Antologi Puisi Tanah Airku Tercinta, Antologi Jejak Duniaku, Antologi Puisi Kemerdekaan Dirgahayu Nusaku, Antologi Puisi Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Jilid 1 dan Antologi Puisi Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Jilid 2, Antologi Selangkah ke Alam Aksara, Antologi Travelog Kembara Malaysia, Antologi Cerpen Dia yang Kupanggil Cikgu, Antologi Puisi Hari Puisi Malaysia 2023, Antologi Irama Atmaku, Antologi Kenangan Manis Sebagai Warga Pendidik dan Antologi Lukisan Puisi.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH

Penerima Anugerah Tokoh Penulis Bitara 2024:

Puan Norhayati Khamis
Cik Melor Nur Ain Idris
Encik Zul Hazmi Hamad

Anugerah lain adalah seperti yang berikut:

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi