Diterbitkan pada 15 Februari 2024, 08:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bagaimana tega
kaupadam
kasih yang pernah bernyala
membenih buah cinta.

Bagaimana tega
kaulupa
cinta yang pernah menari-nari
mekar dalam sanubari.

Bagaimana tega
kauhapus
kenangan yang pernah dipayungi
indah jalur pelangi.

Bagaimana tega
kaubiar
sejarah yang pernah dilakar
di dada benua dan samudera.

Bagaimana tega
kaualpa
janji yang pernah senada
tanpa tugu sebagai tanda.

Bagaimana tega
kauhapus
denai yang pernah disusuri
lewat taman wangi berduri.

Bagaimana tega
kausemadi
reja kasih yang masih bersisa
tanpa nisan tanpa pusara.

Putra Height
23-11-23

Kredit Foto: Viktor Zhulin/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi