Diterbitkan pada 1 Julai 2026, 16:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jurnal Malay Literature mempelawa pensyarah, pelajar dan penyelidik dari dalam serta luar negara untuk menghantar artikel penyelidikan bagi penerbitan terbaharu jurnal berkenaan.

Ahli Lembaga Editorial dalam kenyataan medianya berkata, sumbangan artikel berkualiti tinggi amat dialu-alukan bagi memperkasa wacana ilmu dalam bidang kesusasteraan serta meningkatkan impak sitasi penerbitan akademik tersebut.

“Antara bidang yang diberi keutamaan termasuk Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden, Budaya Melayu, Cerita Rakyat atau Folklor Melayu serta Mitologi Melayu, namun penulisan dalam bidang berkaitan lain turut dipertimbangkan.

“Penyertaan daripada penyelidik amat penting dalam usaha memperluaskan perbincangan ilmiah dan memartabatkan kajian berkaitan dunia Melayu di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Setiap tulisan yang dihantar harusnya berasaskan panduan penulisan artikel yang ditetapkan bagi memastikan keseragaman dan kualiti penerbitan.

Mereka yang berminat boleh merujuk garis panduan berkenaan melalui pautan rasmi jurnal di sini.

Kenyataan sama memaklumkan, setiap artikel yang dihantar akan melalui proses prapenilaian sebelum diserahkan kepada sidang editorial bagi proses penilaian seterusnya, manakala tarikh tutup penghantaran artikel ditetapkan pada 15 Ogos 2026.

Jurnal Malay Literature disiarkan secara dalam talian setiap bulan Jun dan Disember, dan diterbitkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

“Selain menyumbang artikel, kami juga menggalakkan rakan-rakan akademia untuk sentiasa membaca serta menjadikan makalah-makalah yang telah diterbitkan dalam jurnal Malay Literature sebagai rujukan (sitasi) utama dalam tugasan, nota kuliah, kertas kerja, projek akhir, tesis, mahupun penerbitan jurnal anda yang lain,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan penghantaran draf artikel boleh dibuat terus melalui e-mel [email protected].

Kredit Foto: Metin Ozer/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi