Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangLondon – Enam novel mara ke senarai akhir Women’s Prize for Fiction 2025 yang menawarkan hadiah utama sebanyak £30,000 (RM180,000), selain patung gangsa Bessie yang dicipta oleh artis Grizel Niven.
Enam novel yang tersenarai ialah Good Girl oleh Aria Aber, All Fours oleh Miranda July, The Persians oleh Sanam Mahloudji, Tell Me Everything oleh Elizabeth Strout, The Safekeep oleh Yael van der Wouden, dan Fundamentally oleh Nussaibah Younis.
Women’s Prize for Fiction 2025 ialah anugerah khas yang diberikan kepada penulis wanita yang menghasilkan novel berbahasa Inggeris terbaik yang diterbitkan di UK pada tahun penilaian.
Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 Jun 2025 di London, bersempena dengan ulang tahun ke-30 anugerah ini.
Women’s Prize for Fiction 2025 sudah masuk edisi ke-30, dianjurkan oleh Women’s Prize Trust, sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk meraikan, menyokong dan memartabatkan penulisan wanita di seluruh dunia.
Hadiah ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1996, sebagai respons kepada kekurangan pengiktirafan terhadap penulis wanita dalam anugerah sastera utama. Hal ini bertujuan untuk mengetengahkan suara wanita dalam dunia sastera dan telah berkembang menjadi salah satu anugerah kesusasteraan paling berprestij di dunia.
Penganjuran kali ini diketuai oleh penulis Inggeris-Ireland, Kit de Waal, dan keseluruhan panel pemilihan anugerah ini ialah wanita, sama ada penulis, wartawan, editor, malah pembaca.