24 Februari 2023, 17:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Langkawi – Majlis pelancaran lima buah buku penulis Utara bersempena dengan Festival Buku Langkawi 2023 telah diadakan di Pusat Beli Belah Langkawi Fair, Pulau Langkawi pada 23 Februari lepas. Buku-buku yang dilancarkan tersebut ialah Nur di Ufuk Timur karya Zarida Rasdi, Berkongsi Takdir karya Hasan Baseri Budiman, Fragmen Memori di Daerah Sepi karya Rosnani Ahmad, Pulau Kasih karya Zainol Idris, dan Luka Rindu karya Zaidin Abadi. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh SN Rahman Shaari.

Lima buku baharu penulis Utara yang dilancarkan di Langkawi.
Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Penerbitan DBP ketika memberikan ucapan perasmian.

Menurut Tuan Haji Razali Che Mat, Pengarah Penerbitan DBP ketika menyampaikan ucapan perasmian, idea dan pemikiran amat diperlukan dalam menghasilkan karya yang terbaik kerana ilmu yang dimiliki merupakan aset yang penting bagi setiap penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu. Kerjasama antara editor dengan penulis juga amat diperlukan dalam menghasilkan karya yang bermutu kerana hal tersebut dapat memberikan keyakinan dan semangat buat penulis. Jelasnya lagi,

Apabila buku berjaya diterbitkan, maka penulis akan berasa gembira dan ia menjadi pemangkin untuk menghasilkan lebih banyak karya. Penerbitan lima buku ini juga secara tidak langsung menambah koleksi penerbitan DBP.

SN Rahman Shaari sedang menyempurnakan simbolik pelancaran buku.

Selain itu, beliau juga berharap agar penulis dapat bersama-sama bekerjasama dengan DBP dalam menjual karya-karya mereka. Karya-karya baharu daripada DBP harus diketahui dalam kalangan masyarakat dan seterusnya meletakkan buku sebagai pilihan utama pembelian mereka.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.