Oleh Karmila Azmi
5 Mac 2022, 23:58

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Terengganu – Pengarang, Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah malam tadi diumumkan sebagai pemenang Hadiah Bitara, Anugerah A. Rashid Ngah, Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) kelima dalam acara yang berlangsung di Duyong Marina & Resort, di sini.

Abdul Rashid pengarang kelahiran Kampung Seberang Takir di sini mula dikenali menerusi novel Di Bawah Alunan Ombak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1961. Naskhah itu yang pernah dicetak sebanyak 27 kali juga pernah dijadikan teks sastera peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia.

Hadiah Bitara Anugerah A. Rashid Ngah itu yang pertama kali diwujudkan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pengarang yang berkarya secara konsisten dan mengangkat sastera Terengganu khasnya dan sastera kebangsaan umumnya.

Selain Abdul Rashid, HASDI turut memberi penghargaan kepada penyair kelahiran Besut yang lahir pada tahun 1949, Nawawee Mohamad sebagai penerima Sasterawan Harapan Negeri Terengganu.

Sementara itu, Ketua Satu PELITA, Kamarulzaman Ismail, berkata HASDI yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri ialah pengiktirafan dan penghargaan kepada penulis dan sasterawan anak negeri Terengganu selain terbuka kepada penulis yang bermastautin di negeri itu yang menulis dalam bahasa Melayu.

“HASDI ialah pengiktirafan sastera yang paling konsisten berbanding negeri lain. Ia ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan sudah dimulakan sejak 10 tahun lalu,” katanya.

HASDI kali ini juga mencipta sejarah apabila pengarang Husna Nazri memenangi dua hadiah utama dan enam hadiah penghargaan, menjadikannya antara pengarang paling prolifik di negeri itu pada tahun penilaian.

Beliau diumumkan sebagai pemenang utama kategori novel remaja menerusi Si Penenun Cinta selain HASDI turut mengumumkan S.M. Noor bagi pemenang buku autobiografi; Marsli N.O bagi pemenang kumpulan cerpen menerusi Otak-Otak yang Pecah; Syafiq Ghazali bagi pemenang kumpulan puisi remaja menerusi Hari Terakhir di Tubuhmu; dan Wan Ahmad Ismail (skrip drama eceran – “Baju Kot Nik Asmara”).

SENARAI PENERIMA HASDI V

Hadiah Bitara Sastera – Sasterawan Harapan Negeri Terengganu | Nawawee Mohammad

Hadiah Bitara Sastera – Anugerah A. Rashid Ngah | Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Ngah

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Puisi Kanak-kanak |

Hadiah Utama | Ke Rumah Nenek oleh Hilmi Rindu

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Puisi Remaja |

Hadiah Utama | Hari Terakhir di Tubuhmu oleh Syafiq Ghazali

Hadiah Penghargaan | Wook oleh Wikunila MS

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Puisi Umum |

Hadiah Penghargaan | Kita Hilang Segala oleh Wan Ahmad Ismail

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Cerpen Kanak-kanak |

Hadiah Penghargaan | Baju Raya Sedondon Awanis oleh Nurimas SN

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Cerpen Remaja |

Hadiah Penghargaan | Mengutip Serpihan Harapan oleh Bahtiar Omar

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Kumpulan Cerpen Umum |

Hadiah Utama | Otak-otak yang Pecah oleh Marsli N.O

Hadiah Penghargaan | Aki Popular oleh Nurimas SN

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Novel Remaja |

Hadiah Utama | Si Penenun Cinta oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | Pahlawan Muda oleh Sharif Putera

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Buku Sastera Kritikan/Kajian |

Hadiah Penghargaan | Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia: Sejarah – Perkembangan – Kebolehpasaran oleh A. Halim Ali

Bahagian A – Buku (Perseorangan) | Buku Sastera Biografi/Autobiografi/Travelog |

Hadiah Utama | Merandai Denai oleh S.M. Noor

Hadiah Penghargaan | Pendakian Dato’ Ku Arkitek Pendidikan: Anak Yatim oleh Mohamed Jusoh

Bahagian B – Eceran | Puisi Kanak-kanak |

Hadiah Utama | “Titip Buat Anak” oleh Nurimas SN

Bahagian B – Eceran | Puisi Remaja |

Hadiah Utama | “Puisi Panjang Daripada Anakanda Di Barisan Hadapan” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Makna Kemenangan” oleh Hilmi Rindu

Hadiah Penghargaan | “Almari Kenangan” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Rumah Bahasa II” oleh Alias Ismail

Hadiah Penghargaan | “Alam Kelilingku Ibarat Guru” oleh Nawawee Mohammad

Hadiah Penghargaan | “Sepetang Di Pesisir Jalan Ini” oleh Che Jamilah A. Rahman

Bahagian B – Eceran | Puisi Umum |

Hadiah Utama | “Pilihan dan Penantian” oleh Marsli N.O

Hadiah Penghargaan | “Kematian” oleh Lara MN

Hadiah Penghargaan | “Titipan Rindu” oleh S.M. Noor

Hadiah Penghargaan | “Pedagang Kata” oleh Husna Nazril

Hadiah Penghargaan | “Dengung Sejuta Lebah” oleh Hilmi Rindu

Hadiah Penghargaan | “Dalam” oleh Wan Ahmad Ismail

Bahagian B – Eceran | Cerpen Kanak-kanak |

Hadiah Utama | “Suara Kecil untuk Dunia” oleh Bahtiar Omar

Hadiah Penghargaan | “Pankek dan Che Abas Demam” oleh Muhammad Irfan Nyia Abdullah

Hadiah Penghargaan | “Selamat Hari Guru, Cikgu Yap!” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Mat Din dan Kandil Ajaib” oleh Nurimas SN

Bahagian B – Eceran | Cerpen Remaja |

Hadiah Utama | “Terumbu buat Nudibrankia” oleh Bahtiar Omar

Hadiah Penghargaan | “Saf” oleh Alias Ismail

Hadiah Penghargaan | “Misteri Lelaki Berlidah Hitam” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Cerita Mei dan Telaga di Hati Ibu” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Aku dan Kim” oleh Alias Ismail

Hadiah Penghargaan | “Yang Kucintai” oleh Nur Akmaliah Alias

Bahagian B – Eceran | Cerpen Umum |

Hadiah Utama | “Naratif Sang Pengail” oleh Alias Ismail

Hadiah Penghargaan | “Manusia Berwajah Ular Berjubah Kucing” oleh A. Muziru Idham

Hadiah Penghargaan | “Di Bursa Itu, Rindu Pun Menderu” oleh Kamariah Kamarudin

Hadiah Penghargaan | “Hikayat Kuda di Kota Kami” oleh Husna Nazri

Hadiah Penghargaan | “Ummi, Tunggu Saya di Christchurch!” oleh Kamariah Kamarudin

Hadiah Penghargaan | “Mimpi untuk Dijual” oleh Nurimas SN

Bahagian B – Eceran | Skrip Drama Pentas |

Hadiah Utama | “Baju Kot Nik Asmara” oleh Wan Ahmad Ismail

Hadiah Penghargaan | “Bonda” oleh S.M. Noor

Tonton HASDI V di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.