17 Oktober 2021, 08:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pertandingan Dendang Syair Antarabangsa Kali ke-4 2021 peringkat separuh akhir yang telah berlangsung pada 6 Oktober lalu, menyaksikan kehebatan 15 orang peserta berentap secara dalam talian. Meskipun pertandingan diadakan dalam situasi kebiasaan baharu, namun aura semangat dan gema suara para peserta begitu memukau.

Pada asalnya, hanya lapan orang peserta sahaja akan mara ke peringkat akhir. Namun demikian, para panel dan panitia telah bersepakat mengangkat 12 orang peserta untuk mara ke peringkat akhir pertandingan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Bitara Syair Melayu Nusantara.

Enam orang peserta mewakili Malaysia dan enam orang mewakili Indonesia akan berentap pada 23 Oktober ini. Mereka yang mara ke peringkat akhir termasuk Anisa Cahya Ningrum dari Siak, Indonesia; Ezdianie Hayatie Omar dari Kuala Lumpur, Malaysia; Ibnu Zulqarnain, Pekanbaru, Indonesia; Jamilah Abu Bakar, Kuala Lumpur, Malaysia; Muhammad Fadhil, Medan, Indonesia; Muhammad Fauzan Izaan dari Sarawak, Malaysia; Muhammad Febriyadi, Tanjungpinang, Indonesia; Sabihah Abdul Wahid, Kuala Lumpur, Malaysia; Shaidatul Nadirah Shaharum, Melaka, Malaysia; Sutra Laila, Pekanbaru, Indonesia; Syahprizal AR.SS, Medan, Indonesia; dan Syaimaa Salleh, Selangor, Malaysia.

Penaja utama untuk hadiah pertandingan akhir nanti merupakan barang kemas keluaran Makmur Gold. Tidak dilupa juga rakaman terima kasih daripada pihak penganjur terhadap Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri yang turut menyokong dan memberi sumbangan dalam menjayakan Pertandingan Dendang Syair Antarabangsa Kali ke-4 tahun ini.

Siaran Langsung pertandingan boleh ditonton di laman sosial media Facebook JKKN, DBP, Makmur Gold Offical, Roslan Madun Rasmi, dan pelantar YouTube DBP Malaysia.

Tonton acara separuh akhir Pertandingan Dendang Syair Antarabangsa Kali ke-4 2021 di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.