Oleh M. Arif
Diterbitkan pada 9 Julai 2026, 14:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tiada siapa
mampu menerka nasib diri,
apatah lagi sebutir pasir.

Pasang surut air
juga arus yang mengalir
adalah takdir
hadir bagai mimpi; ada indah,
ada ngeri.

Pasir yang sebutir ini
sedia kala tersisip
di dalam timbunan beting.

Jika beting berselerak
entah ke mana ia tercampak.

Ini sebutir pasir terpinggir
bukan berlian syahdu
atau sekeras safir biru.

Lantas, berapakah harga
sebutir pasir tersisih?

Apapun, ia tetap bertekad
memaknakan hayat,
memakmurkan sejagat!

Padang Mokan, Kelantan

Kredit Foto: Илья Мельниченко/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan