Oleh
Marsli N.O
Diterbitkan pada 9 Julai 2026, 10:47
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarangkatamu, setiap pilihan
menentukan jawapan
lalu kau ketuk
setiap pintu
dan kembali menyoal
setiap suara
kau sangka
setiap bayang
adalah cahaya
tetapi akhirnya
yang kautemui
hanyalah dirimu
masih berdiri
di hadapan pertanyaan
yang tidak meminta
jawapan
Kuantan
5.7.2026