Oleh
Solihin Osman
Diterbitkan pada 9 Julai 2026, 14:23
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarangdengan angin yang ditakdirkan
hadirnya tengkujuh
dan kita menyatakan,
“ganasnya lautan.”
tiba-tiba awan membentuk kumpulan
ruang dikelamkan.
daratan pula menjadi lautan, bukankah kita
sebelum ini
yang memohon hujan,
kerana kemarau yang panjang?
hidup ini adalah ketentuan.
berselang-seli dengan segala macam dugaan
mengapakah kita mesti mempersoalkan,
“kenapa aku dilahirkan?”
kalau kita ditakdirkan
tidak wujud di alam ini.
seluruh warganya
akan tetap menikmati segala,
pemberian Tuhan!