Oleh Suyuthi Yusuf
17 Julai 2022, 12:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – “Melalui deklamasi puisi, kita dapat menghayati betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini yang perlu kita sama-sama pulihara”, ujar YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa ucapan perasmian Program Singgah Seni: Malam Puisi Lestari Alam di Dataran Putrajaya, Presint 3 malam tadi. Program tersebut merupakan anjuran bersama-sama antara KASA, DBP, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang usaha kelestarian alam di samping mengimarahkan Putrajaya dengan program kebudayaan dan kebahasaan. Kebudayaan, kesusasteraan dan kebahasaan memainkan peranan dalam mendidik jiwa dan naluri manusia supaya tidak bermusuh dengan alam. Menurut beliau lagi dalam ucapan perasmian tersebut ialah:

Kita sering mendengar bencana alam berlaku di seluruh dunia akibat oleh kesan pemanasan global atau perubahan iklim. Negara kita juga tidak terkecuali. Kita dapat melihat sendiri bencana alam berlaku sangat hampir dengan kita. Kerosakan ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang rakus merentap keseimbangan alam.

Selain itu, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang juga berkesempatan mendeklamasikan sajak ciptaannya sendiri bertajuk ‘Arus’.

YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk ‘Arus’.
Para hadirin yang turut bersama-sama memeriahkan program.

Selain beliau, terdapat juga tokoh dan individu lain yang turut sama mendeklamasi puisi. Antaranya ialah Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, SN Zurinah Hassan, SN Rahman Shaari, Dr. Saleeh Rahamad, Prof. Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman, Encik Khair Ngadiron, dan Encik Shukri Abdullah. Puisi-puisi yang dideklamasikan kesemuanya bertemakan alam sekitar serta flora dan fauna.

SN Zurinah Hassan sedang mendeklamasikan sajaknya.
Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan sedang mendeklamasikan sajaknya.
Dr. Saleeh Rahamad semasa mendeklamasikan sajak.
SN Rahman Shaari sedang mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk ‘Sengsara’.
Encik Khair Ngadiron mendeklamasikan sajak SN A. Samad Said bertajuk ‘Lidah Tsunami’.

Selain daripada bacaan deklamasi puisi, program tersebut turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan Genius Seni Tari, nyanyian lagu oleh kumpulan Precinctnotes, persembahan seni silat dan persembahan oleh penyanyi terkenal tanah air Datuk Ramli Sarip.

Persembahan seni silat.

 

Datuk Ramli Sarip.
Persembahan oleh kumpulan Precinctnotes.
Persembahan tarian kebudayaan Genius Seni Tari.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.