Oleh Zaini Ujang
15 Mei 2022, 10:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Atas nama kemajuan
kita santai meratakan bukit-bukau
dan tarah setiap tebing pergunungan
supaya merancak irama perbandaran.

Atas nama kemakmuran
kita timbus lembangan sungai
dan tambak dasar lautan
supaya lebih luas ruang penempatan.

Atas nama keadilan
kita bersuara tanpa pengetahuan
dan bertindak mengikut kemahuan
supaya semakin subur wacana kenegaraan.

Atas nama kesejahteraan
kita membangun dengan merendahkan
kita membina dengan meruntuhkan
dan seringkali tersasar, lupa daratan
   bahawa kemajuan bukan sekadar kebendaan
   bahawa kemakmuran perlu kemanusiaan
  bahawa keadilan tidak hanya di bibir ucapan

dan bahawa kenegaraan mengatasi serakah keakuan!

Kuala Sg. Baru, Melaka
15 Mei 2022 (Ahad)

Kredit Foto: Philippe Collard/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.