21 April 2022, 17:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang  Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) yang diketuai oleh Pengarah DBPWU, Encik Rahimi Arifin telah berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow pada 18 April 2022. Kunjungan ini membawa cadangan DBPWU kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke arah penganjuran Hadiah Sastera Negeri Pulau Pinang.

Menerusi pertemuan ini, DBPWU mencadangkan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya dapat mengadakan Hadiah Sastera Negeri Pulau Pinang bagi menyemarakkan lagi semangat dalam jiwa para penulis Pulau Pinang untuk terus berkarya sekali gus mengangkat nama dan kemasyhuran negeri Pulau Pinang ke tempat yang sewajarnya. Dalam masa yang sama, DBPWU juga mengusulkan supaya penulis-penulis bukan Melayu yang giat menulis dalam bahasa Melayu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, cadangan ini disambut baik dan akan disusuli lagi dengan perbincangan lanjut tentang pelaksanaannya.

Penganjuran Hadiah Sastera Negeri Pulau Pinang ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada kerajaan negeri, terutamanya dari segi dana dan pengiktirafan di peringkat negeri. Hal ini dikatakan demikian untuk menjamin penganjuran hadiah sastera ini akan berterusan pada tahun-tahun mendatang dan tidak terhenti hanya untuk sekali atau dua kali sahaja.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.