18 April 2022, 17:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang  Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Kelab Siam Sektor Awam (KESSA) menganjurkan Bengkel Deklamasi Puisi untuk masyarakat Siam pada 15 dan 16 April 2022 secara dalam talian. Bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat Siam mendalami ilmu deklamasi puisi. Penganjuran kali ini diadakan sebagai kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi) yang telah diadakan pada tahun lepas.

Antara peserta bengkel yang terlibat.

Johan Kebangsaan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan tahun 2020, Mohd Aqi Mohd Azmi diundang untuk membimbing bengkel ini. Banyak maklumat yang dikongsikan dalam bengkel ini antaranya termasuklah persiapan yang diperlukan oleh seseorang deklamator sebelum naik ke pentas dan ketika berada di atas pentas untuk membuat persembahan. Hafalan dan penghayatan puisi menjadi syarat utama bagi deklamator dalam persembahan mahupun sayembara. Ketika persembahan, kawalan diri dan bersikap tenang di atas pentas ialah kelebihan bagi seseorang deklamator.

Menurut Mohd Aqi Mohd Azmi, antara kriteria yang akan dinilai oleh barisan juri semasa sayembara deklamasi puisi termasuklah kehebatan, kebijaksanaan dan keunikan deklamator. Seseorang deklamator yang hebat dan bijak menggabungkan pelbagai perasaan dalam sesebuah puisi sesuai dengan mesej yang disampaikan. Ketika mendeklamasi puisi, nada suara akan berubah-ubah mengikut perasaan tertentu yang dibawa dalam deklamasi hinggalah dapat dipelbagaikan nada dan menjadi satu persembahan deklamasi yang memukau.

Dalam masa yang sama, Mohd Aqi Mohd Azmi dibantu oleh Siti Nur Zafran Zainal Abidin, Johan Kebangsaan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan tahun 2018 berkongsi pengalaman masing-masing bergelar Johan Kebangsaan.

Dalam ucapan penutupan, Timbalan Pengarah DBPWU, Puan Khairul Anum Mohd Ali menyatakan bahawa melalui bengkel ini diharapkan pada masa hadapan akan lahirlah kelompok deklamator dalam kalangan masyarakat Siam yang akan bersama-sama memeriahkan dunia sastera tanah air.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.