Oleh Mohamad Ibrahim
28 Mac 2022, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuantan – Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Penulisan Puisi 2020 dan Pelancaran Buku Karya Penulis-penulis Pahang. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Gimik pelancaran karya-karya penulis Pahang.

DPMP mengadakan Sayembara Penulisan dan Puisi 2020 dengan menawarkan tiga hadiah utama dan hadiah penghargaan sebanyak RM12,500.00 sejak bulan Ogos 2020. Tiga hadiah utama dimenangi oleh Roslan Madun (Bagaimana Kalau Matahari Tidak Datang dan Malam Tidak Ingin Pergi), Hasnah Yusof (Dalam Berkira-kira) dan M. Ashikin atau lebih dikenali sebagai Mohd. Mansur Abdullah (Lampu Penyuluh Nurani). Hadiah penghargaan pula dirangkul oleh Rahman Haji Yusof (Sajak-sajak Kekasih), Hasanuddin Md Isa (Rumah Peranginan Bapa), Nazri Sham (Antara), Hashimah Hashim (Ceritakan Kepadaku) dan Zaihan Taib (Usah Berpaling).

Roslan Madun menerima hadiah utama Sayembara Penulisan Puisi 2020 daripada YB. Dato Sri Hajah Shahaniza

Selain itu, Dato’ Sri Hajah Shahaniza juga melancarkan karya-karya penulis Pahang. Karya-karya tersebut ialah Ilham Palestin (Nor Zailina Nordin/Nazratul Waheeda Nadzri), Terumbu Kasih (Mohd. Mansur Abdullah), Tarik Aku ke Syurga (Haitun Kamarazaman), Di Sebalik Takdir (Azizah Izah), Lelaki Ke-19 (Norzailina Nordin), Perempuan Tanpa Dosa (Fatinilam Sari Ahmad), Mana Mak? (Rodziah Mat Akil), Arca Cinta Terindah (Pazana Hanifah), Intai-intai Jodoh & Awak Janji, Tau? (Nazratul Waheeda Nadzri), Duka Wanang Seri (Che Norsiah Omar), Doa Kaca Pecah (Mohd Azli Lee Abdullah), Menjamah Rindu (Wan Thuwaibah Ghazali), Perjalanan Ini (Hasnah Yusoff), Segantang Beras Segunung Budi (CT Nurza), VIP Jannah (Ali Hassan) dan Seroja Masih Berbunga (Haitun Kamarazaman sebagai penyelenggara). Selain itu, dalam majlis ini juga pemuisi iaitu Amaruszati binti Noor Rahim telah dianugerahi Serikandi Teja DPMP.

Majlis ini turut dihadiri oleh Profesor Emeritus Dato’ Mohd Mansur Abdullah, Ketua 1 DPMP; Dato’ Dr. Haji Ahmad Munawar Abdul Jalil, Timbalan Ketua 1 DPMP; Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua 2 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA); dan Dr. Hazami bin Jahari, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.