14 Februari 2022, 08:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Persatuan penulis Kembara Sastera (Kelantan) telah mengadakan Majlis Peluncuran Enam Antologi yang bertempat di Hotel Jewel, Kota Bharu pada 28 Januari 2022.

Majlis telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Mohd Shamsul Baharin Isa, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan penulis yang bersungguh-sungguh menghasilkan karya penulisan.

Dalam pada itu, Pengerusi Kembara Sastera, Tuan Haji Mustafa Mukhtar yang turut menyampaikan ucapan berasa bersyukur bahawa majlis perasmian buku hari itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Melalui Kembara Sastera, para penulis berpeluang untuk bergerak aktif kerana buku sastera yang diterbitkan menggunakan kos sendiri. Tema dan isi kandungan pula pula bebas dan tertakluk kepada pendirian penulis.

Dalam hal ini, motif Kembara Sastera adalah untuk memberi motivasi agar penulis dapat bergiat dengan lebih aktif dalam ruang penulisan, sekali gus merancakkan industri perbukuan negara.

Enam antologi terbitan Kembara Sastera yang dilancarkan terdiri daripada antologi bersama Setitik Embun, Pandemik, 6 Tahun Sonian dan Sonigraf, Di Bawah Langit Cinta-Mu, antologi puisi Islam Seputih Awan, dan kumpulan puisi persendirian Taman Warisan.

Pada majlis itu, tetamu turut dikejutkan dengan persembahan puisi oleh Rusdi MN. Penulis yang hadir berpeluang menghayati dan terhibur dengan bacaan puisi Rusdi yang sangat bermakna pada majlis berkenaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.