Oleh Orked Una
31 Ogos 2021, 13:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Program Ambang Merdeka: Malam Alunan Puisi Ambang Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke-64 telah diadakan pada pukul 9.00 malam semalam melalui Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program ini mengumpulkan 14 orang pemuisi dan penyair tanah air dari barat hingga timur Malaysia, serta penampilan istimewa dua anak kecil yang menyerikan malam ambang Merdeka tahun ini.

Program dimulakan dengan deklamasi puisi daripada Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan dengan “Kemerdekaan”; Dr. Lim Swee Tin (penerima SEA Write Award), “Mari Terus Berharap”; Datuk Jasni Matlani (penerima SEA Write Award), “Prihatin”; dan Datin Seri Haryani Haron (juara puisi Sayembara Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2013) dengan “Laungan Negeri yang Abadi”.

Seterusnya, program diserikan dengan Dr. Shafa’atussara Silahudin yang mendendangkan syair “Perpaduan” karya Roslan Madun, dan diikuti dengan deklamasi puisi oleh Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, “Merdeka”; Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, “Menuntun Si Merdeka”; Dato’ Goh Hin San, “Anak Jiran Tionghua”; dan Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, “Inilah Watan Kita Bersama”.

Selepas itu, program dilanjutkan lagi dengan dendangan syair “Perpaduan” oleh Roslan Madun. Kemudian, deklamasi puisi diteruskan oleh Poul Naggang dengan “Junjung Kasih Malaysiaku”; Suwanlerd Pro Poul dengan “Di Laman Merdeka”; Dr. Raja Rajeswari Setha Raman dengan “Dirgahayu Jalur Prihatin”; dan Harlym Yeo Hock Lim, “Kitalah Tuan”. Keseluruhan program dikendalikan oleh pegawai DBP, Encik Azimin Daud.

Program yang berjaya menaikkan nyala rasa kemerdekaan ini ditutup dengan persembahan istimewa daripada Gan Yi dan Gan Tien yang menyanyikan lagu Tanggal 31.

Tonton Malam Alunan Puisi Ambang Merdeka 2021 di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.