Oleh Zaidi Saad
1 Ogos 2021, 07:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malam kemuncak “Suara dari Lembah Gaza” (SDLG) diadakan pada  31 Julai 2021 (Sabtu), pukul 9.00 malam menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia mewakili YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan. Katanya, program SDLG merupakan paduan antara DBP dengan JAKIM serta acara kemuncak dalam siri Program SDLG untuk mendukung perjuangan rakyat Palestin. Sebelum ini DBP telah mengadakan enam acara pengucapan puisi iaitu DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Tengah, DBP Wilayah Selatan, dan DBP Wilayah Timur.

Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Palestin dan bersempena dengan acara baca puisi ini, kita melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) untuk membuka peluang kepada para penderma untuk menghulurkan infak bagi menambah sumbangan kepada pejuang-pejuang di Palestin. Sumbangan ini amat kecil berbanding dengan perjuangan saudara kita di Palestin. Namun tetap besar ertinya kepada kebersamaan kita dalam mendukung dan menyokong perjuangan dalam menegakkan keadilan hak dan kesaksamaan kita sejagat.

Program ini diteruskan oleh ucapan YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia mewakili YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya merasmikan acara malam kemuncak SDLG. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyatakan rakaman penghargaan kepada institusi bahasa dan persuratan yang memperlihatkan kesungguhan, keprihatinan, dan soladiriti dalam menggembleng usaha mengangkat kemanusiaan sejagat. Begitu juga tahniah kepada JAKIM yang berganding bahu sebagai rakan kerjasama strategik dalam menjayakan majlis pada malam ini. Penganjuran SDLG membuktikan tanda sokongan berterusan terhadap usaha kerajaan Malaysia yang aktif memberikan sokongan kepada rakyat Palestin, baik secara moral atau material.

Acara deklamasi dimulai oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – “Senandika untuk Gaza”, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) – “Semerbak Hijau Kasturi”, YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP – “Usah Kita Sekadar Menangis”, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA – “Gundah Palestin”, YBhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Perlis – “Suara dari Lembah Gaza”.

Kemudiannya diikuti oleh YBhg. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara – “Darah Gaza”, dan Persembahan Khas Ustaz Mohd Erfino Johari – “Tanah Airku (Palestin) dan Aku Tidak Melupakanmu”.

Acara diteruskan dengan deklamasi oleh Ustaz Datu Mohd Sallehin Moksan, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah – “Mendukung Perjuangan Bersama”, Encik Wan Syahrul Amry Wan Mansor, ASTRO Radio/Zayan – “Kita Sama tapi Kita Jauh”, Encik Mohd Nadzri Mustakim, Unit Perkhidmatan Sosial Masjid Negara – “Mana Mungkin”, Encik Jefri Mohamed Zain, PETRONAS – “Gaza, Bumi yang Dijanjikan”, Ustaz Khairul Haffiz Halim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – “Kesombongan Kian Membesar”, Encik Muhammad Solihin Baharuddin, KUISCELL Sdn. Bhd. – “Thaurah Palestin”, Datin Seri Haryani Haron – “Mendukung Perjuangan Bersama” dan yang terakhir Encik Ahmad Fedtri Yahaya, Personaliti TV – “Lembah Terluka”.

Persembahan Penutup oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin dengan dendangan Lagu Mikraj Cinta.

Orang ramai boleh turut menyumbang melalui: Tabung Musa’adah Covid 19 JAKIM YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) 86-0221818-6 (Bank CIMB Islamic).

Tonton acara kemuncak ini di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.