Oleh Rahman Shaari
30 Julai 2021, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Berulang dukalara
berulang korban dan seksa
setiap kita kepiluan, ayah bonda dalam ratapan.

Anak-anak yang tidak berdaya
bersama pemuda tubuh luka
menerpa ke rasa, hiba.

Akarnya celaka hati
sejak berabad tiada simpati,
simpati itu tak pernah singgah
yang ada hanya sombong megah
dalam rencana pemusnah
durjana yang tidak berubah.

Namun lihatlah keberanian
dari jauh terpapar kepahlawanan
pemberani Palestin dengan sejuta geram
tanpa gusar,
menentang kesombongan yang kian membesar.

Pertentangan menerpa ke mata
yang tertindas, terseksa dan luka
dan yang berani memaparkan perkasa,
meyakini kemenangan umat mulia.

28/5/21
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.