Oleh Zaidi Saad
20 Mei 2021, 07:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) akan menerbitkan antologi puisi Palestin Memanggil. Buku antologi ini akan memuatkan sajak-sajak terpilih bertemakan konflik Palestin menentang kekejaman Israel. Hasil jualan buku akan disumbangkan kepada tabung Aman Palestin.

PENYAIR mengajak semua, terutamanya penulis-penulis kreatif untukmenyumbangkan sajak bertemakan Palestin dengan menyediakan platform kiriman sajak, iaitu “Ayuh, PALESTIN MEMANGGIL!!!”. Sumbangan sajak-sajak ini sebagai tanda solidariti (kebersamaan) menentang kekejaman Israel di tanah Gaza. Sajak-sajak yang dihantar perlulah sajak asli dan belum pernah diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan. Penyertaan percuma dan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja. Sajak-sajak terpilih akan dibukukan dan diterbitkan.

Ayuh, marilah kita sama-sama menyokong usaha ini sebagai tanda solidariti menentang kekejaman Israel. Syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Huruf Times New Roman, saiz 11 langkau 1.5.
  • Tidak melebihi 20 baris.
  • Sajak asli dan belum pernah diterbitkan.
  • Sajak-sajak terpilih akan dibukukan dan diterbitkan.
  • Penyertaan percuma dan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja.

Tarikh akhir penghantaran pada 31 Mei 2021. Sila e-melkan sajak ke [email protected]. Tuliskan nama penuh, nama pena (jika ada), alamat dan nombor hubungan bersama sajak yang dihantar. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Wacana Minda di talian 011-72370237.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.